Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pelantikan ahli baharu Majlis Pelajar KEMUDA

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Pelajar Institut KEMUDA sesi 2022 telah mengangkat sumpah pada Hari Pelantikan Majlis Pelajar 2022 berlangsung di institut tersebut, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengetua Institut KEMUDA, Awang Mohamed Khairy Yusrin bin Haji Abdul Salam yang turut menyampaikan ucapan motivasi kepada para pelajar dan pensyarah-pensyarah institut tersebut.

    Terdahulu majlis menyaksikan ucapan alu-aluan yang disampaikan mantan ahli Jawatankuasa Bahagian Perhubungan Awam, Awang Muhd Nurizami bin Abdullah Ishak yang diselajurkan dengan bacaan doa pembukaan yang dipimpin oleh ahli Jawatankuasa Bahagian Hal Ehwal Agama, Awang Mohammad Haziq Afiq bin Haji Mohammad.

    Majlis turut menyaksikan ucapan perasmian oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yanche Ari Kustiawan yang turut menyempurnakan sesi penyerahan sijil penghargaan kepada semua ahli Majlis Pelajar bagi tahun sebelumnya.

    Ahli-ahli Majlis Pelajar KEMUDA bagi tahun 2022 semasa sesi bergambar ramai pada majlis pelantikan tersebut. – Gambar serahan KEMUDA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...