Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    California cari mangsa program pemandulan

    SACRAMENTO, CALIFORNIA, 4 JAN – Kira-kira 600 orang yang hidup pada hari ini tidak dapat menimang cahaya mata kerana kerajaan California telah memandulkan mereka sama ada secara paksaan ataupun tanpa pengetahuan mereka, dan sekarang pihak kerajaan cuba untuk menjejaki mereka supaya dapat diberikan pampasan sekurang-kurangnya AS$15,000 setiap seorang.

    Namun setahun selepas pencarian, pihak kerajaan hanya meluluskan pembayaran untuk 51 orang daripada 310 permohonan.

    Tinggal setahun sahaja lagi sebelum program bernilai AS$4.5 juta itu dihentikan.

    Pegawai kerajaan telah menafikan 103 orang, menolak tiga permohonan yang tidak lengkap dan sedang memproses 153 yang lain, namun me-reka mengatakan adalah sukar untuk mengesahkan permohonan yang dihantar kerana kebanyakan rekod telah pun hilang atau musnah.

    Dua kumpulan individu layak untuk menerima pampasan.

    Mereka yang telah dimandulkan oleh kerajaan semasa pergerakan eugenik yang memuncak pada tahun 1930an dan kelompok kedua yang lebih kecil yang menjadi mangsa semasa berada dalam penjara kerajaan kira-kira satu dekad yang lalu.

    “Kami cuba untuk mencari maklumat sebanyak yang mungkin dan kadangkala kami berharap bahawa seseorang mungkin dapat mencari sendiri maklumat yang lebih terperinci,” kata Lynda Gledhill, pegawai eksekutif Lembaga Pampasan Mangsa California yang menyelia program berkenaan. “Kadangkala kami tidak dapat mengesahkan apa yang telah berlaku.” – AP

    Gambar fail bertarikh 7 Disember 2022 menunjukkan Moonlight Pulido, salah seorang penerima pampasan dari kerajaan California, bergambar di tepi tasik di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -