Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Carapaz mara La Vuelta, Evenepoel menderita

    SIERRA DE LA PANDERA, SEPANYOL, 4 SEPT – Rookie Belgium, Remco Evenepoel mengekalkan pendahuluannya tetapi tewas 48 saat di belakang pesaing utama Vuelta a Espana Primoz Roglic pada Sabtu ketika Richard Carapaz meraih kemenangan pada peringkat yang melelahkan.

    Carapaz adalah satu-satunya yang terselamat dari perlumbaan jarak jauh di peringkat 14 sejauh 160km untuk meraih kemenangan keduanya pada Vuelta ini, tetapi drama utama hari itu bermula di ketika dia menuju ke garisan penamat.

    Pendakian terakhir di Sierra Nevada digambarkan sebagai “neraka” oleh bekas juara Alberto Contador, dan di bahagian di mana papan tanda di tepi jalan berbunyi 15 peratus condong, juara bertahan tiga kali Roglic itu mula menyerang.

    Dalam suhu Andalusia yang panas, Evenepoel dengan tenang memerhatikan penunggang Slovenia itu menjauhkan diri daripadanya dan menunggang mengikut rentaknya sendiri untuk 3km terakhir yang melepasi garisan hampir seminit di belakang pelumba itu.

    “Hari ini saya tidak memiliki kayuhan terbaik saya. Saya tidak dapat memecut apabila Roglic memecut. Saya masih di hadapan, tiada apa yang perlu dirisaukan,” kata Evenepoel.

    Evenepoel yang berusia 22 tahun mengekalkan pendahuluan 1 minit 49 saat di Roglic dengan peringkat yang sama pada hujung minggu pendakian pada Ahad.

    Enric Mas dari Movistar, ketiga keseluruhan, dan Carlos Rodriguez, 21 tahun, keempat, kedua-duanya menamatkan saingan 20 saat di hadapan Evenepoel.

    Peringkat 15 hari Ahad membawa Vuelta ke altitud tertinggi pada 2512m di atas paras laut di mana udara tipis boleh menjejaskan prestasi penunggang. Manakala perlumbaan akhir ialah 19.5km menanjak dengan kecerunan purata sekitar 7.5 peratus. – AFP

    Aksi Remco Evenepoel meraikan kemenangan selepas peringkat ke-14 jelajah berbasikal La Vuelta 2022 di Sepanyol, pada 3 September kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...