Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Haqiem pertikai penjurian AIM

    Penyanyi Haqiem Rusli mempertikaikan penjurian Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23 apabila lagu ciptaan dan nyanyiannya, Mimpi gagal membolosi senarai Top 5.

    Haqiem berkata, syarikat rakamannya, FMC Music mencalonkan lagu itu untuk enam kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Vokal Lelaki Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Runut Bunyi Terbaik (OST) Di Dalam Drama dan Muzik Video Terbaik, namun, malangnya langsung tidak berjaya menembusi sebarang kategori.

    “Saya hairan bagaimana lagu Mimpi gagal menembusi sebarang kategori? Kegagalan ini menimbulkan pertanyaan adakah lagu ini tidak cukup bagus?

    “Jadi, saya serahkan sahaja perkara ini pada pihak pengurusan FMC Music,” katanya.
    Sementara itu, wakil FMC dalam satu kenyataan berharap agar jawatankuasa AIM 23 menyemak semula senarai calon akhir.

    “Kami sedia maklum AIM adalah anugerah diberikan kepada karya berkualiti dan bukan bersandarkan populariti lagu semata-mata.

    Berikutan Mimpi gagal membolosi senarai Top 5, Haqiem mempertikaikan perjurian AIM 23. – Agensi

    “Kami tidak akan mempertikaikan keputusan juri sekiranya lagu Mimpi tidak pernah memenangi sebarang anugerah yang melalui proses penjurian profesional.

    “Kami sangat yakin lagu Mimpi layak untuk berada dalam senarai Top 5, AIM 23 memandangkan lagu ini pernah meraih tempat ketiga Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36,” katanya.

    Terdahulu, senarai calon akhir AIM 23 diumumkan pada Khamis lalu.

    AIM 23 bakal berlangsung pada 11 September ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

    Bagi edisi kali ini, pihak penganjur menerima 650 pencalonan bagi karya yang diterbitkan antara 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 dan hanya 105 daripadanya disenarai pendek menerusi 21 kategori dipertandingkan.

    Penjurian bagi menentukan pemenang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail, Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu, Noryn Aziz, Fauzi Marzuki dan lain-lain. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...