Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Care package diagih melalui kementerian, pengarah pentadbir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Bermula hari ini, bagi kakitangan awam yang dijangkiti COVID, pembekalan care package akan diagihkan melalui kementerian dan pengarah pentadbir masing-masing.

    Kakitangan tersebut perlu melaporkan kepada pihak kementerian dan pengarah pentadbir. Pihak pengarah pentadbir seterusnya akan menghubungi MOHEOC bagi proses penyediaan dan penyerahan bekalan ubat-ubatan kepada pengarah pentadbir untuk diagihkan kepada kakitangan awam yang positif supaya dapat dihantar ke rumah masing-masing.

    Menteri Kesihatan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memaklumkan perkara tersebut semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Ini adalah untuk membantu mempercepatkan pengagihan care package kepada mereka yang dijangkiti dan bagi orang awam pula penghantaran care package ini akan dilaksanakan dengan menggunakan khidmat Darts, pejabat pos dan sebagainya,” jelasnya.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut menjelaskan bahawa pesakit COVID tidak dibenarkan untuk mendapatkan care package mereka di pusat kesihatan.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...