Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Celtics sekat kemaraan Heat

    BOSTON, 24 MEI – Jayson Tatum menemui semula rentak permainannya dengan jaringan 31 mata ketika Boston Celtics membelasah Miami Heat 102-82 untuk menyamakan kedudukan mereka dalam siri akhir Eastern Conference NBA, kelmarin.

    Dua hari selepas tewas pada perlawanan pembukaan di laman sendiri dalam pusingan akhir tujuh terbaik, Boston kembali bangkit di TD Garden bagi menyamakan kedudukan 2-2.

    Tatum menamatkan dengan lapan rebounds dan lima assists, dengan sokongan datang daripada Payton Pritchard (14 mata) dan Derrick White (13 mata). Jaylen Brown dan Robert Williams masing-masing menambah 12 mata.

    Al Horford mengetuai bahagian pertahanan Boston dengan 13 rebounds dan empat halangan.

    Manakala Victor Oladipo mengetuai jaringan bagi Miami dengan 23 mata dari bangku simpanan.

    Tiada seorang pun daripada kesebelasan utama Miami berhasil mencatatkan dua angka, menjadikan jumlah keseluruhan mata mereka sehingga akhir masa perlawanan hanya sebanyak 18 mata. – AFP

    Aksi Jayson Tatum dari Boston Celtics (kanan) semasa permainan keempat pusingan Eastern Conference play-off NBA 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...