Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Celtics singkirkan Nets, dahului siri playoff NBA

    WASHINGTON, 21 APRIL – Jaylen Brown menjaringkan 22 mata dan Jayson Tatum menambah sebanyak 19 mata untuk membantu Boston menewaskan Brooklyn 114-107 kelmarin, membantu Celtics mendahului 2-0 dalam siri playoff NBA mereka.

    Nets tidak pernah ketinggalan sehingga lapan minit terakhir apabila Boston menyerang balik daripada defisit 17 mata pada suku kedua untuk merampas kelebihan dalam perlawanan terbaik dalam tujuh pusingan pertama mereka, yang akan meneruskan perlawanan pada Sabtu nanti di New York.

    Kevin Durant mendahului Brooklyn dengan 27 mata tetapi diuji sepanjang malam oleh barisan pertahanan Boston – Celtics telah mendahului liga dalam statistik pertahanan.

    Durant, bekas pemain paling berharga NBA, menjaringkan empat daripada 17 percubaan dari dalam gelanggang, 0 untuk 10 dengan empat pusingan pada separuh masa kedua.

    Kyrie Irving, dicemuh oleh peminat yang menyokongnya semasa beraksi bersama pasukan Boston, hanya mencatat empat daripada 13 jaringan dari gelanggang untuk memperoleh 10 mata.

    Grant Williams, pemain dari bangku simpanan Boston memperoleh 17 mata manakala Al Horford mencatat 16 mata dan Daniel Theis menambah 15 mata untuk Celtics.

    Bruce Brown menjaringkan 23 mata untuk Brooklyn dan Goran Dragic menambah 18 mata. Brown dari Brooklyn menjaringkan sembilan mata pertama dan Nets menambah jurang mata pendahuluan awal mereka kepada 23-10.

    Durant melakukan jaringan three-point dan layup untuk melonjakkan pendahuluan Brooklyn 62-45, defisit separuh pertama terbesar buat Boston sejak 1 Mac.

    Celtics merapatkan jurang dalam 65-55 pada separuh masa pertama tetapi tidak dapat merebut pendahuluan pertama mereka sehingga pemain simpanan, Payton Pritchard melakukan cubaan menjaring untuk menjadikan kedudukan 94-92 dengan masa berbaki 7:49. – AFP

    Aksi Jayson Tatum (kiri) menghalang cubaan menjaring Kevin Durant semasa perlawanan suku keempat di Eastern Conference. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...