Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Chelsea bangkit tewaskan Luton

    LONDON, 3 MAC– Chelsea terselamat daripada mimpi ngeri untuk melangkah ke suku akhir Piala FA apabila menewaskan Luton 3-2 di Luton semalam, hanya beberapa jam selepas Roman Abramovich mengesahkan kelab itu akan dijual.

    Skuad bimbingan Thomas Tuchel beraksi pada pusingan kelima di Kenilworth Road dengan fikiran mereka masih dibayangi pengumuman Abramovic itu.

    Jutawan Rusia itu mengambil keputusan untuk menjual Chelsea berikutan kebimbangan beliau boleh dikenakan sekatan oleh kerajaan Britain ketika negaranya melancarkan serangan ke atas Ukraine.

    Abramovich, yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan memberikan keuntungan bersih daripada penjualan itu kepada mangsa perang Ukraine, dengan harga yang dimintanya bermula pada £3 bilion.

    Pada aksi hari ini, Chelsea ketinggalan dua kali sebelum Romelu Lukaku menjaringkan gol kemenangan.

    Aksi pemain Luton Danny Hylton (tengah) bertarung mendapatkan bola dengan Antonio Rudiger (kanan) dan Reece James (kiri) semasa perlawanan di antara Luton dan Chelsea di Kenilworth Road di Luton, England pada 2 Mac 2022. – AP

    Reece Burke meletakkan Luton di depan minit ke-2 sebelum Saul Niguez menyamakan kedudukan untuk Chelsea pada minit ke-27.

    Chelsea sekali lagi ketinggalan minit ke-40 selepas Harry Cornick menjaringkan gol untuk Luton namun Timo Werner kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-68 sebelum Lukaku mengesahkan kemenangan Chelsea 10 minit kemudian.

    Ditanya mengenai penjualan kelab berkenaan, Tuchel berharap tidak banyak berlaku perubahan dalam menguruskan kelab itu.

    “Kami mendengar khabar angin itu. Kami bukan tinggal di pulau. Sudah tentu kami mengadakan perbincangan dalam pasukan dan mereka bercakap mengenainya.

    “Ia adalah berita besar. Kami tunggu dan lihat dan mengharapkan yang terbaik. Dalam jangka masa singkat, bagi kami sebagai satu pasukan, berharap tidak terlalu banyak yang akan berubah.

    “Kami cuba ketepikan segala isu ini dan kekal fokus yang mana bukan mudah. Kami menunjukkan bahawa kami mampu melakukannya,” kata Tuchel kepada BBC selepas tamat perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...