Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Chelsea nafi kebangkitan Liverpool

    LONDON, 3 JAN – Chelsea bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk memperoleh mata setelah seri 2-2 menentang Liverpool kelmarin sekali gus merosakkan harapan kedua-dua pasukan untuk mengejar Manchester City di puncak Liga Perdana.

    City kini mendahului 10 mata dihadapan Chelsea dan Liverpool, satu mata ketinggalan, walaupun dengan kelebihan satu perlawanan.

    Bos Liverpool, Jurgen Klopp terlepas perlawanan bersama tiga pemain utama kerana kes positif koronavirus, tetapi The Reds masih berjaya mendahului dua gol hasil daripada Sadio Mane dan Mohamed Salah sebelum mereka beraksi di Piala Negara-negara Afrika (AFCON).

    Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel membuat keputusan berani untuk menggugurkan pemain pembelian rekod mereka, Romelu Lukaku selepas penyerang Belgium itu mendedahkan secara terbuka bahawa dia tidak rasa gembira kerana jarang diturunkan oleh pengurus kelahiran Jerman itu.

    The Blues masih lagi mempunyai kemampuan untuk menyerang balik sebelum separuh masa habis, hasil daripada jaringan menakjubkan Mateo Kovacic dan Christian Pulisic.

    Aksi pemain Liverpool, Sadio Mane (kiri) dan pemain Chelsea Thiago Silva berebut bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge di London, pada 2 Januari 2022. – AP

    Tetapi Chelsea kini hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka, manakala Liverpool hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka untuk membolehkan City mengejar kejuaraan keempat dalam lima musim.

    “Kami mencatat terlalu banyak keputusan seri secara umum di tempat sendiri,” kata Tuchel selepas seri buat kali kelima dalam enam perlawanan di Stamford Bridge.

    “Tidak masuk akal untuk menoleh ke belakang, kami perlu fokus pada hari ini dan mulai hari ini dan belajar apa yang boleh kami lakukan esok.

    “Keputusannya akan terjadi sendirinya jika kami bermain dengan tenaga dan kualiti ini.”

    Kira-kira 90 minit mendebarkan hasil persembahan kedua-dua pasukan, dari wisel pertama hanya mengambil masa enam saat apabila Mane bernasib baik kerana hanya sekadar dilayangkan kad kuning selepas menyiku pemain bek kanan Chelsea, Cesar Azpilicueta.

    “Adakah ia akan menamatkan permainan ini jika seorang pemain diberikan kad merah selepas 20 saat? Ya, tetapi saya minta maaf ia adalah kad merah,” kata Tuchel.

    Sementara itu, Liverpool kehilangan seorang penjaga gol, Alisson Becker, Joel Matip dan pemain penyerang, Roberto Firmino disebabkan oleh jangkitan COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...