Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    China gigih kekang varian Omicron

    BEIJING, 26 APRIL – China akan mempergiat usaha membendung penularan COVID, varian Omicron, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar hari ini.

    Mengulas mengenai beberapa pekeliling dikeluarkan kerajaan Beijing tentang langkah-langkah baharu melawan wabak itu, Wang berkata, dasar ‘dinamik sifar COVID’ serta peraturan-peraturan yang dilaksanakan sekarang ini adalah berasaskan sains dan cadangan pakar.

    “Langkah dan peraturan itu juga bersesuaian dengan keadaan serta prinsip Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    “Ini adalah bagi menjamin keselamatan nyawa dan kesihatan penduduk tempatan dan warga asing di negara ini, selain menyumbang kepada usaha mengekang wabak di dunia,” katanya.

    Statistik terkini menunjukkan, kadar kematian COVID di China berada pada nisbah empat dalam setiap sejuta orang pada 2021, iaitu hanya 1/606 berbanding kadar kematian di Amerika Syarikat (AS). Wang turut tidak menafikan bahawa sebarang langkah mengekang wabak pasti akan memberikan kesan kepada kehidupan rakyat dan ini tidak boleh dielakkan oleh mana-mana negara.

    “Berbeza dengan negara-negara lain, kebanyakan rakyat China memahami serta menyokong dasar dan langkah-langkah kerajaan China dan penuh keyakinan untuk membendung wabak,” katanya.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...