Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    China lancar roket Long March-2D kali ke-103

    BEIJING, 21 OGOS – China telah berjaya melancarkan roket Long March-2D yang menghantar kumpulan satelit ke angkasa lepas awal pagi kelmarin, sekali gus menandakan pelancaran berjaya yang ke-103 berturut-turut dalam siri roket pengangkutan China.

    Sebanyak 102 pelancaran roket Long March telah direkodkan sebelumnya bermula daripada tahun 1996 hingga tahun 2011.

    Dalam tempoh 27 bulan, siri roket pengangkutan China telah mencapai 103 kemenangan berturut-turut sejak 5 Mei 2020 yang mengangkut lebih daripada 200 kapal angkasa ke orbit termasuk modul stesen angkasa, membuat pembelajaran terhadap bulan dan planet Marikh serta penerbangan angkasa lepas manusia, jelas China Aerospace Science dan Technology Corporation yang merupakan kontraktor angkasa lepas utama negara.

    China sedang berusaha membangunkan kenderaan pelancar angkasa lepas futuristik dan roket yang mampu membawa muatan berat yang akan membolehkan kru menjalankan misi masa depan ke bulan dan ekspedisi lanjut ke planet Marikh, Jupiter dan asteroid. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...