Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    China luluskan permit teksi tanpa pemandu

    BEIJING, 28 APRIL – China telah meluluskan permit kepada syarikat perkhidmatan internet China Baidu dan syarikat kereta automatik Pony.ai untuk menyediakan perkhidmatan teksi tanpa pemandu kepada orang awam di Beijing, langkah penting dalam usaha negara untuk mempelopori teknologi tanpa pemandu.

    Permit diberikan kepada Baidu dan Pony.ai untuk membenarkan mereka menawarkan perkhidmatan tanpa pemandu keselamatan yang mengambil alih sekiranya berlaku kes kecemasan. Permit baharu masih memerlukan penyelia keselamatan untuk duduk di tempat duduk penumpang depan.

    Baidu berkata 10 kereta automatik sedemikian mula menawarkan perkhidmatan kepada penumpang dalam jarak lingkungan 60 kilometer persegi di pinggir bandar Beijing mulai hari ini.

    Baidu telah pun mengendalikan armada teksi automatik di Beijing di bawah perkhidmatan teksi Apollo Go tetapi mereka mesti mempunyai pemandu keselamatan di tempat pemandu.

    China bercita-cita mempelopori teknologi pemanduan automatik di dunia tetapi ketinggalan di belakang Amerika Syarikat dalam memperkenalkan perkhidmatan sedemikian.

    Syarikat Alphabet Waymo mula menawarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu di Phoenix, Arizona pada 2020.

    Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah mencatat lebih 27 juta kilometer ujian jalan raya dalam tempoh sembilan tahun lalu tanpa sebarang kemalangan jalan raya. – AP

    China telah memberikan syarikat Baidu dan Pony.ai permit untuk menyediakan perkhidmatan teksi tanpa pemandu kepada orang awam di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...