Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Orang ramai yang hendak membuat perjalanan ke luar negara disarankan untuk memeriksa ke-perluan atau syarat yang ditetapkan oleh sesebuah negara yang hendak dikunjungi sebelum membeli tiket.
Perkara berkenaan dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa ditanya pada sidang media mengenai keperluan untuk membuat PCR atau ujian pantas antigen (ART) setelah Malaysia membenarkan mereka yang telah mendapatkan vaksinasi lengkap tidak perlu untuk membuat PCR atau ART apabila memasuki negara tersebut.
Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, ketika ini banyak negara sudah tidak memerlukan pengunjung untuk melakukan ujian PCR dan ini termasuk Negara Brunei Darussalam.