Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    China, Rusia komited sokong isu kepentingan bersama

    SAMARKAND, 16 SEPT – China bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk saling menyokong dalam isu melibatkan kepentingan bersama, kata Presiden China Xi Jinping ketika bertemu rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, di sini kelmarin.

    “Sejak awal tahun ini, China dan Rusia mengekalkan komunikasi strategik yang berkesan. Kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang diperhalusi dan diperkukuh bagi mengekalkan koordinasi yang rapat di peringkat antarabangsa, sekali gus menegakkan norma asas hubungan antarabangsa.

    “China bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk memikul tanggungjawab serta memainkan peranan peneraju dalam memelihara kestabilan dunia yang sedang bergelut dengan konflik dan pergolakan,” kata Xi.

    Presiden Xi berkata China komited bekerjasama dengan Rusia untuk memperdalam kerjasama praktikal dalam bidang melibatkan perdagangan, pertanian dan kesalinghubungan.

    “Kedua-dua pihak perlu meningkatkan koordinasi di bawah rangka pelbagai hala termasuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) dan BRICS,” kata Xi.

    Selain itu beliau berkata kedua-dua negara juga perlu menggalakkan perpaduan dan memupuk rasa saling percaya, memperkasa kerjasama praktikal, dan memelihara kepentingan keselamatan serantau serta kepentingan bersama negara-negara membangun dan negara pasaran baharu.

    Putin dalam ucapannya pula menyatakan bahawa dunia sedang mengalami pelbagai perubahan, namun satu hal yang tidak berubah ialah persahabatan dan sikap saling percaya antara Rusia dengan China. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...