Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    CHSK catat 100 peratus kelulusan PSR 2021

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHSK) telah mencapai 100 peratus kelulusan Gred A hingga C dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2021.

    Sekolah itu merupakan salah satu daripada 22 buah sekolah di seluruh negara yang mencapai keputusan menggalakkan bagi kesemua mata pelajaran.

    Daripada 10 pelajar, tiga pelajar mencapai keputusan 5A iaitu Dayang Ayeeshah binti Haji Ismad, Chew Fang Ting dan Dayang Ellysa Hana binti Mikal.

    Chew Fang Ting ketika dihubungi berkata, beliau merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana usahanya selama ini membuahkan hasil. Beliau juga merasa gembira dapat membanggakan ibu bapanya dan guru-guru dengan mendapatkan keputusan cemerlang PSR dan beliau berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya.

    Dayang Ellysa Hana juga melahirkan perasaan amat gembira kerana berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dan dengan kejayaan itu, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan para guru yang selama ini memberikan sokongan dan dokongan yang berterusan untuk mencapai kejayaan sejak beliau dari tadika lagi.

    Sementara, Dayang Ayeeshah melahirkan perasaan sungguh gembira dan merasakan seperti mendapat tempat yang pertama.

    Pengetua sekolah juga memberikan sedikit ucapan yang menyatakan bahawa prestasi para pelajar merupakan hasil sokongan padu lembaga sekolah dan komitmen dan dedikasi para ibu bapa serta guru yang juga memainkan peranan yang sangat penting.

    ATAS & BAWAH: Dayang Ayeeshah, Chew Fang Ting dan Dayang Ellysa Hana semasa ditemu bual oleh media.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...