Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Megan dan Kelly bertunang

    Aktres popular Hollywood, Megan Fox mengesahkan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rap, Machine Gun Kelly baru-baru ini.

    Menerusi hantaran di Instagram, Fox memuat naik sepotong video pendek menerima lamaran dari Kelly berlatar belakangkan pokok banyan pada 11 Januari 2022.

    “Pada Julai 2020, kami duduk di bawah pokok banyan ini dan memohon keajaiban berlaku. Kami ketepikan segala dugaan yang akan kami hadapi bersama dalam masa yang pendek.

    “Tak mahu fikirkan mengenai segala apa yang perlu kami korbankan demi hubungan ini, tapi teruskan membuai perasaan kami dengan rasa cinta dan karma. Setahun setengah kemudian, kami melalui cabaran dan kebahagiaan yang tak pernah saya bayangkan akan berlaku, dan dia melamar saya. Saya jawab ya,” kata Fox.

    Sementara itu, Kelly atau nama sebenarnya Colson Baker turut berkongsi berita gembira itu yang disertakan dengan video cincin permata putih dan hijau yang dipakai Fox.

    “Ya, dalam kehidupan ini dan setiap kehidupan. Di bawah dahan-dahan di tempat sama kami jatuh cinta, saya bawa dia kembali untuk melamarnya.

    “Saya tahu, mengikut tradisi, hanya perlukan satu cincin. Tapi, saya bersama pereka, Stephen Webster mereka dua cincin yang disatukan, batu zamrud (batu kelahirannya) dan berlian (batu kelahiran saya).

    “Kedua-duanya disatukan dengan magnet menjadi simbolik kepada penyatuan dua jiwa yang membentuk satu hati dan cinta kami. 11 Januari 2022,” tulisnya.

    Pasangan itu bertemu pada Mac 2020 ketika penggambaran Mignight selepas Fox berpisah dengan Brian Austin Green. – Agensi

    Megan Fox mengesahkan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan Machine Gun Kelly pada Khamis lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...