Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    City setuju bayar Leeds AS$55j beli Phillips

    LONDON, 26 JUN – Manchester City bersetuju untuk menandatangani pemain tengah England, Kalvin Phillips dari Leeds dengan perjanjian bernilai AS$55 juta, menurut laporan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

    Juara Liga Perdana, City dilaporkan membuat bidaan berjumlah 43 juta pound, dengan tambahan sebanyak 3 juta lagi bagi yuran tambahan untuk perpindahan Phillips.

    Perpindahan itu tertakluk kepada persetujuan Phillips untuk menerima kontrak tawaran bersama pasukan Pep Guardiola.

    Guardiola ingin mendapatkan Phillips untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh pemain tengah, Fernandinho yang meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu.

    Terdahulu, Phillips melonjakkan namanya menerusi ranking pemain remaja di Leeds dan menjadi pemain utama yang berjaya mengelak dari-pada tersingkir di kejohanan Liga Perdana dua tahun lalu.

    Selain daripada itu, dia juga membuat penampilan sulungnya sebagai pemain antarabangsa England, menjadi pemain kesebelasan utama untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Eropah pada tahun lalu.

    Phillips akan menjadi pembelian utama kedua ke dalam City sejak penghujung musim lalu selepas menerima ketibaan penyerang Borussia Dortmund dari Norway, iaitu Erling Haaland. – AFP

    Gambar fail Kalvin Phillips (kanan) beraksi semasa merebut bola daripada Roland Sallai (kiri) dalam perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara England dan Hungary di Wolverhampton, 14 Jun 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda