Monday, November 11, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cornet akhirnya mara suku akhir Grand Slam

    MELBOURNE, AUSTRALIA, 24 JAN – Alize Cornet akhirnya telah mara ke suku akhir Kejohanan Grand Slam selepas percubaannya kali ke-63.

    Cornet yang berusia 32 tahun terselamat daripada kekalahan set kedua untuk mara ke pusingan kelompok lapan terakhir di Terbuka Australia dengan keputusan kemenangan 6-4, 3-6, 6-4 menentang juara utama dua kali, Simona Halep.

    “Ia tidak terlambat untuk mencuba sekali lagi!” ujar Cornet semasa pihak TV menemu bual. “Berjaya masuk ke suku akhir pertama saya. Ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan.

    “Perjalanan harus diteruskan. Saya masih tidak dapat mempercayainya.”

    Cornet mendahului set tersebut dengan 3-1 sebelum tewas dalam rentetan lima perlawanan dan memperoleh 16 straight points untuk menjadikannya sebagai penentuan.

    Halep menyelamatkan dua mata perlawanan pada servisnya dalam perlawanan kesembilan sebelum Cornet meraih kemenangan pada set ke-10. Dia melutut di atas gelanggang dan menggenggam tangannya, meletakkannya di muka sebelum melihat ke pasukan sokongannya di stadium.

    “Rasanya luar biasa,” kata Cornet. “Perlawanan kami dengan Simona, dengan kepanasan ini. Selepas 30 minit, kami kelelahan.”

    Seterusnya, Cornet akan bertembung dengan Danielle Collins, yang telah menewaskan pemain pilihan ke-19, Elise Mertens dengan 4-6, 6-4, 6-4, dalam perlawanan hampir tiga jam untuk membuka perlawanan di Rod Laver Arena. Collins adalah peserta separuh akhir di Australia pada 2019. – AP

    Reaksi Alize Cornet selepas menewaskan Simona Halep dalam perlawanan pusingan keempat kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 24 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda