Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    COVID-19: Brunei catat 55 kes tempatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Sebanyak 68 kes baharu jangkitan COVID-19 telah disahkan di Negara Brunei Darussalam hari ini yang membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 16,413 orang.

    Daripada kesemua kes baharu tersebut, 55 daripadanya adalah kes tempatan manakala 13 kes lagi merupakan kes import.

    Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan, hari ini, jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,944 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif hari ini ialah sebanyak 2.3 peratus.

    Di kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiada kes dalam Kategori 5 (memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di unit rawatan rapi) dan juga dalam Kategori 4 (memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi).

    Sebanyak 20 kes telah disahkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 15,897 kes manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 349 kes. 

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 8.9 peratus.

    Setakat kelmarin, 29 Januari, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.8 peratus, dua dos vaksin pula mencapai 94 peratus manakala tiga dos vaksin turut mencatatkan peningkatan dan mencapai 39.9 peratus.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...