Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    CSPS, AITI tamatkan Kajian Pasaran ICT

    Oleh Rokiah Mahmud

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Brunei Darussalah (AITI), baru-baru ini telah menamatkan Kajian Pasaran ICT dan mengadakan Forum Konsultasi Pihak Berkepentingan pada 10 Februari bagi memuktamadkan cadangan-cadangan mereka.

    Objektif kajian tersebut adalah untuk memahami bagaimana mengembangkan industri ICT di Brunei Darussalam dari segi sumbangannya kepada ekonomi dan mewujudkan pekerjaan yang mapan dan menawarkan gaji yang baik menerusi pendigitalan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    Pasukan konsultan CSPS berkenaan merangkumi Penyelidik Kanan Dr Giuseppe Rizzo sebagai ketua projek; Ketua Penyelidik merangkap Pengarah Eksekutif Interim, Dr Diana Cheong selaku ketua bersama projek; Penyelidik Bersekutu, Pengiran Redhuan bin Pengiran Haji Abdul Rajak selaku pengurus projek dengan bantuan teknikal daripada Profesor Eduardo Araral dari National University of Singapore. Sekitar 50 orang stakeholder dari sektor awam dan swasta menyertai forum berkenaan dan beberapa respons menggalakkan telah diterima seperti kesesuaian kajian itu dijalankan ke arah mentransformasikan Brunei menjadi negara digital pintar dan cadangan-cadangan yang menyeluruh.

    Bagi Brunei Darussalam beralih ke arah menjadi negara digital, konsultan-konsultan berkenaan mencadangkan satu program yang bermatlamat untuk mengembangkan secara mapan permintaan bagi penyelesaian ICT dalam kalangan PMKS tempatan dan pada masa yang sama mengembangkan bekalan profesional ICT tempatan yang kompetitif.

    Antara yang hadir semasa forum konsultasi tersebut pada 10 Februari lalu bagi memuktamadkan cadangan-cadangan mereka. – Gambar serahan CSPS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...