Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Cuaca tidak menentu antara punca pengeluaran telur ayam berkurangan

    SHAH ALAM, 27 JAN – Keadaan cuaca yang tidak menentu antara punca kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

    Beliau berkata faktor berkenaan bukan hanya mempengaruhi hasil keluaran sektor pertanian malah menjejaskan bekalan haiwan ternakan dan perikanan.

    Selain itu, faktor yang turut mempengaruhi pengeluaran telur berkurangan adalah susulan kejadian banjir luar jangka baru-baru ini di samping peningkatan kos harga bekalan makanan ternakan yang diimport.

    “Kalau ikut trend pengeluaran (telur ayam) kita (sebelum ini), Januari bekalan kurang tapi menjelang Februari bekalan akan meningkat balik kerana perkara ini bermusim,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor ke-44 di sini, malam tadi.

    Ahmad berkata kementerian tidak menyangkal dakwaan wujudnya kawa-lan harga telur ayam di pihak peruncit.

    “Kita (kementerian) dapati, memang ada kebenaran berhubung kawalan harga (di pihak peruncit). Orang sentiasa berikan perhatian pada pengeluar. Kita perlu memahami harga dan kos pengeluaran.

    “Jadi di situ kita akan sentiasa berikan perhatian melalui kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana kita membekalkan dan kementerian itu memastikan harga (tidak tinggi),” katanya. – Bernama

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berucap pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Selangor ke-44 di sebuah hotel. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...