Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Daiyan Trisha tampil bersuara

    Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil bersuara mengenai isu yang hangat menjadi perbualan warganet berhubung isu perkauman serta perisitiwa 13 Mei.

    Heroin filem Busker itu menyeru generasi muda terutamanya di bawah 21 tahun untuk tidak mudah terpengaruh. Malah, pelantun lagu Penat itu turut meminta generasi muda untuk membuat semakan fakta di Internet terlebih dahulu.

    “Salam adik-adik, saya tahu sangat senang untuk kita scroll TikTok dan telan sahaja sentimen-sentimen perkauman dan mesej ekstremisme yang sedang berleluasa di FYP awda.

    “Sebelum kita percaya bulat-bulat, saya nak ingatkan yang kita semua ada otak dan logik akal untuk berfikir. Gunakan adik-adik sayang sekalian.

    “Internet ada, buku ada. Selidik, baca, belajar. Cari fakta. Kalau kita boleh tulis komen yang tiada berasas, kita juga boleh tulis di ruangan Google, ataupun bertanya orang yang lebih tahu tentang isu-isu yang sedang diperhebohkan,” tulisnya di Instagram Story.

    Dalam pada itu, aktres jelita berumur 28 tahun ini juga meluahkan perasaan bimbang terhadap keselamatan negara dan rakyat.

    ”Jangan jadi manusia yang sangat senang termakan dan percaya dengan apa-apa sahaja yang disuap media. Kita lebih baik daripada itu.

    “Jangan pandang remeh isu yang sensitif. Jangan terlampau ikut emosi tanpa mendalami situasi sebenar yang terjadi. Buka mata dan minda awda. Kita harus pandang ke depan supaya apa-apa masalah dapat diatasi dan bukan diulangi.

    “Saya risau dan takut untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Saya alu-alukan followers adik-adik saya untuk kongsikan kepada rakan semua tentang pentingnya empati, berakal panjang dan bersikap rasional. Semoga yang terbaik untuk kita semua,” tambahnya lagi. – Agensi

    Daiyan Trisha tampil bersuara mengenai isu yang hangat menjadi perbualan warganet berhubung isu perkauman serta perisitiwa 13 Mei. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...