Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Denda $5,000 gagal failkan cukai pendapatan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Mahkamah Majistret pada kelmarin telah memerintahkan sebuah syarikat tempatan untuk membayar denda $5,000 selepas pengarah syarikat tersebut mengaku bersalah kerana gagal memfailkan butiran penyata cukai pendapatannya.

    Pendakwa Raya, Dayang Syafina binti Abdul Hadzid mendedahkan perkara tersebut di mahkamah bahawa Fazlul Hoque Sdn Bhd telah gagal mengemukakan penyata cukai pendapatannya kepada pemungut cukai pendapatan bagi tahun perniagaan yang berakhir pada 30 Jun 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020.

    Kes dikendalikan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...