Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Depot dituduh tidak maklum tentang kimia

    SITAKUNDA, BANGLADESH, 6 JUN – Pihak berkuasa Bangladesh hari ini menuduh operator depot kontena tidak memberitahu anggota bomba tentang simpanan stok kimia sebelum ia meletup dan mengakibatkan kehilangan besar, membunuh 49 orang – sembilan daripadanya anggota bomba.

    Beberapa kontena masih lagi membara hari ini, lebih 36 jam selepas ledakan itu, menghalang para penyelamat daripada mencari mangsa di sekitar kawasan tersebut.

    Sekitar puluhan daripada 300 cedera dalam keadaan kritikal dan diterbangkan ke bandar Dhaka. Sembilan anggota bomba maut manakala dua lagi antara mangsa yang masih hilang, kata pegawai. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...