Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Dewi Perssik berang dituduh lima kali gugurkan kandungan

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi dangdut Dewi Perssik dituduh pernah melakukan pengguguran kandungan sebanyak lima kali.

    Memetik laporan Liputan6, pelakon filem Tali Pocong Perawan itu menafikan dakwaan itu namun mengakui pernah mengalami keguguran ketika menjadi isteri kepada Saipul Jamil.

    Dewi Perssik berkata dia tampil menafikan tuduhan itu kerana melibatkan maruah keluarga selain enggan berdiam diri dan meminta bukti dirinya pernah melakukan perkara tersebut.

    “Saya memang pernah alami keguguran tetapi bukan disebabkan saya menggugurkan kandungan. Kalau betul saya pernah lakukan kaedah itu sebanyak lima kali, tunjukkan bukti.

    “Saya tak berdiam diri dengan tuduhan seperti ini. Sebab ini juga melibatkan nama baik keluarga saya.

    Kalau saya pernah lakukan pengguguran, tunjukkan siapa doktor dan video rakaman kaedah itu.

    “Bukan saksi ya… kalau contoh hanya orang, semua orang pun boleh buat tuduhan. Kena ada bukti rakaman dan doktor yang melakukan kaedah itu atau hospital yang saya lakukan?” tegasnya. – Agensi

    Dewi Perssik dituduh pernah melakukan pengguguran kandungan sebanyak lima kali. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...