Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Di sebalik kisah chorizo, dua budaya bersatu di Arizona

    TUCSON, ARIZ. – Jika bukan disebabkan wabak koronavirus, Feng-Feng Yeh mungkin tidak pernah mengetahui mengenai hal sejarah Cina Amerika di kampung halamannya di Tucson, Arizona.

    Yeh merupakan seorang cef eksekutif di New York City apabila sekatan pergerakan itu menutup mata pencariannya dan rancangan kerjayanya.

    Dia tekad dan pulang ke tanah airnya, dan bertukar cita rasa kepada seni awam.

    Mencari inspirasi, Yeh menyelidiki sejarah tempatan pendatang Cina, yang pernah dengarnya sepanjang hidupnya. Di tapak web Pusat Kebudayaan Cina Tucson, dia dimaklumkan kedai runcit milik orang Cina merupakan industri yang berkembang maju di Tucson sejak tahun 1900an.

    Lebih sekadar perniagaan, ia merupakan talian hayat bagi komuniti Amerika Mexico. Kedai-kedai tersebut juga mula menyediakan chorizo Mexico dengan ruji sarapan daging yang pedas. Ia mendapat nama samaran “chorizo ​​Cina.”

    Allen Lew menunjuk ke papan tanda di Pusat Kebudayaan Cina Tucson yang menonjolkan perniagaan kedai runcit bapanya di Tucson, Ariz. – AP
    Tamal Niangao, hidangan yang mengandungi chorizo bawang hijau, kubis Napa yang dihiasi dengan jicama, kacang soya, ketumbar dan telur rebus dihidangkan di 5 Points Market & Restaurant di kejiranan Barrio Viejo di Tucson, Ariz. – AP
    Telur gulung chorizo sayur dan telur gulung chorizo ​​​​daging yang dihiasi dengan telur goreng dan selada betik dan lobak merah disajikan di restoran BOCA di Tucson, Ariz. – AP
    Kuiche yang dibuat dengan chorizo ​​​​cendawan vegan dihidangkan di Cup Cafe di Hotel Congress di Tucson, Arizona. – AP

    “Saya sangat terharu dengan kisah perkauman warga Mexico dan Cina Amerika pada ketika dasar imigresen penting tersebut digubal,” kata Yeh.

    “Saya rasa ia sesuatu yang awda tidak belajar di sekolah, terutamanya di Arizona. Saya fikir ia adalah sesuatu yang harus diiktiraf dan dikongsi.”

    Pendatang Cina yang menetap di Arizona berbuat demikian dalam bayang-bayang Akta Pengecualian Cina 1882, dasar imigresen berasaskan kaum pertama kerajaan AS. Kedua-dua pendatang Cina dan Mexico berdepan perkauman walaupun memainkan peranan penting kepada tenaga kerja.

    Ia adalah sejarah yang dikatakan oleh penduduk Cina Tucson yang lebih tua bahawa mereka telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk cuba menjadikannya lebih jelas.

    Yeh mencadangkan untuk mendirikan arca setinggi 11 kaki (3.4 meter) dari dua pautan sosej chorizo, dan memenangi geran melalui Muzium Seni Kontemporari Tucson dan Yayasan Andy Warhol baru-baru ini.

    Untuk mempromosikan usaha tersebut, beliau menganjurkan Festival Chorizo ​​Cina Tucson yang julung kali diadakan. Untuk bulan Oktober, beberapa restoran tempatan dan trak makanan telah menyajikan hidangan istimewa hujung minggu dengan daging dan chorizo ​​​​vegan.

    Malah ramai penduduk tempatan tidak menyedari kehadiran orang Cina Tucson yang ketara.

    Pusat Kebudayaan Cina Tucson seluas 15,000 kaki persegi adalah hab yang sibuk. Ia merupakan sebahagian daripada pusat komuniti dan sebahagiannya adalah muzium, dan boleh memuatkan kira-kira 5,000 orang.

    Ia ditubuhkan pada tahun 2005, yang mempunyai bilik serbaguna, dapur komersial, bilik darjah dan ruang istirahat dengan meja untuk mahjong, manakala dindingnya mengandungi paparan yang memperlihatkan profil mini kedai runcit Cina yang sudah lama ditinggalkan. Pusat itu juga mempunyai saluran YouTube termasuk video 2014 mengenai chorizo ​​​​Cina.

    “Ramai orang tidak tahu kita wujud selepas 17 tahun. Jadi, kami telah berusaha untuk menyampaikan berita itu,” kata Susan Chan, pengarah eksekutif pusat tersebut.

    Bermula pada 1900, kedai runcit dimiliki orang Cina berkembang maju dan menjana pendapatan ekonomi di Tucson. Menjelang 40an, terdapat 130 keluarga yang menjalankan lebih 100 kedai runcit di bandar ini. Bilangan kedai berkurangan pada 70an dan 80an disebabkan kemunculan rangkaian pasar raya, kedai serbaneka dan generasi muda Cina Amerika yang tidak berminat dalam perniagaan keluarga.

    Bapa Allen Lew, Joe Wee Lew, membuka kedai pertamanya daripada tiga kedai, Joe’s Super Market, pada tahun 1955. Lew mula bekerja di pasaran sebagai pelajar gred empat. Dia masih membantu sehingga kedai tersebut ditutup selepas tiga dekad dalam perniagaan.

    Dia dan empat adik-beradiknya dibesarkan untuk melayani pelanggan Mexico dan Amerika Asli. Semua orang merasakan mereka “semuanya adalah keluarga kejiranan yang besar.” Dalam era sebelum pemberian makanan percuma kerajaan, ramai peniaga runcit Cina akan membenarkan pelanggan yang miskin untuk membayar pada bila-bila masa.

    “Ramai yang membayar setiap sebulan sekali, setiap dua minggu, lalu mereka kehabisan wang,” kata Lew. “Mereka akan memberitahu ayah saya atau orang peniaga runcit Cina yang lain, ‘Bolehkah awda memberi saya kredit? Kami memberi mereka kredit tanpa caj, tanpa faedah, tiada apa-apa.”

    Lew, 74 dan ahli lembaga lama pusat itu, masih ingat melihat bapanya atau tukang daging Hispanik yang digajinya membuat chorizo. Mereka menggunakan bahagian hujung “gulungan besar bologna” atau salami, daging rebus atau potongan sejuk lain.

    “Penjual daging akan memotong lemak dan sebahagian daging yang tidak baik. Dia akan mengeluarkannya dan kemudian awda membuang daging organ dan semua itu dan awda menjadikannya seperti hotdog,” kata Lew.

    Untuk perayaan itu, chorizo ​​​​buatan Cina diraikan dengan hidangan inventif yang menggabungkan budaya Cina dan Mexico. Di restoran Mexico BOCA, contohnya, cef dan calon separuh akhir Anugerah James Beard Maria Mazon membuat gulung telur vegan dan chorizo ​​​​biasa dengan lobak merah dan selada betik yang dihiasi telur goreng. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...