Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Uganda lapor peningkatan Ebola

    KAMPALA, UGANDA, 24 OKT – Pegawai Uganda telah melaporkan 11 lagi kes Ebola di ibu negara tersebut sejak Jumaat, ia merupakan peningkatan yang membimbangkan dalam jangkitan hanya sebulan selepas wabak tersebut diisytiharkan di kawasan terpencil di negara Afrika Timur itu.

    Sembilan lagi orang di kawasan metropolitan Kampala diuji positif menghidapi Ebola kelmarin, selain dua lagi pada Jumaat. Menteri Kesihatan Jane Ruth Aceng berkata hari ini.

    Seorang pegawai tinggi Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Afrika berkata minggu lalu bahawa wabak Ebola Uganda “berkembang pesat,” menggambarkan situasi yang men- cabar bagi pekerja kesihatan.

    Pihak berkuasa kesihatan Uganda telah mengesahkan 75 kes Ebola sejak 20 September, termasuk 28 kematian. Manakala 19 kes disahkan aktif. Angka rasmi tidak termasuk mereka yang mungkin meninggal dunia akibat Ebola sebelum wabak itu disahkan dalam komuniti petani kira-kira 150 kilometer (93 batu) barat Kampala.

    Bimbang Ebola boleh merebak jauh dari pusat wabak itu, memaksa pihak berkuasa untuk mengenakan penutupan berterusan, termasuk perintah berkurung pada waktu malam, di dua daripada lima daerah yang melaporkan kes Ebola. Langkah itu dilaksanakan selepas seorang lelaki yang dijangkiti Ebola mendapatkan rawatan di Kampala dan meninggal dunia di sebuah hospital di sana. – AP

    Gambar fail menunjukkan doktor memakai peralatan perlindungan selepas melawat pesakit yang dijangkiti Ebola, di bahagian pengasingan Hospital Rujukan Serantau Entebbe di Entebbe, Uganda. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...