Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Diam diri bila tak tahu nak jawab kontroversi – Aedy

    Nama Aedy Ashraf tidak surut daripada kontroversi, namun aktor berusia 30 tahun itu sering kali memilih jalan mendiamkan diri.

    Bukan ‘pengecut’, sebaliknya Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi mempunyai alasan berbuat demikian.

    Sebelum itu, beberapa gambar dan video percutian yang dimuat naik di Instagram (IG) menimbulkan perbualan hangat apabila dilihat menayangkan badan dan berseluar pendek, sambil memegang papan luncur.

    Ini termasuklah kontroversi rakaman video dan foto Aedy yang juga anak pelakon veteran, Liza Zain sedang berhibur dan bercumbu dengan wanita di kelab malam.

    Aedy sebelum itu juga dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Amelia Henderson, namun hubungan putus di tengah jalan.

    Aedy berpendapat tiada kuasa nak tutup mulut orang melabelkannya apa sahaja, namun jalan terbaik hanya mendiamkan diri. – Agensi

    Mengulasnya, Aedy berkata, itu adalah pilihan saya. Lebih baik mendiamkan diri daripada bercakap perkara yang tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.

    “Jadi, silent is the best treatment, ia selalunya begitu. Tetapi, ini cara saya, tak tahulah cara orang lain bila berdepan kontroversi.

    “Saya tak kisah jadi buruan media, malah tidak penat pun.

    “Saya hanya tidak perlu menjawab panggilan dan jarang keluar rumah.

    “Hari ini, saya hadir sebab Ben Ali adalah kawan baik. Kami berkawan sejak saya berusia 16 tahun dan persahabatan kami sudah lebih 10 tahun.

    “Jadi, pelbagai perkara yang kami lalui dan bila Ben berjaya, tentunya saya menyokong. Sekiranya acara lain, mungkin saya tidak datang.

    “Saya lagi suka duduk rumah,” katanya kepada BH Online.

    Aedy ditemui pada majlis pra pelancaran dan sidang media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

    Pelakon drama Budak Tebing itu berkata, kontroversi tidak mengganggu kesihatan mentalnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...