Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dipenjara 9 tahun kerana mengintai, membunuh

    SEOUL, 29 SEPT – Seorang lelaki Korea Selatan dihukum penjara sembilan tahun kerana kesalahan mengintai seorang wanita yang kemudian dibunuhnya, dalam kes berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan dan tuntutan bagi pembaharuan undang-undang.

    Jeon Joo-hwan, 31, didapati mengintai dan mengugut mangsanya yang merupakan bekas rakan sekerja lebih 300 kali dalam beberapa kejadian berasingan, menurut mahkamah.

    Dia bagaimanapun tidak ditahan kerana polis menganggap lelaki itu ‘tidak berisiko tinggi,’ walaupun berterusan mengganggu mangsa yang memfailkan tuduhan kedua kerana mengintainya pada awal tahun ini.

    Pada 14 September, sehari sebelum Jeon sepatutnya dijatuhkan hukuman, dia dituduh menikam wanita itu hingga mati di tandas awam di sebuah stesen kereta api bawah tanah di tengah Seoul.

    Jeon dilaporkan memberitahu penyiasat yang dia berang dengan masalah undang-undang yang ditimbulkan mangsanya kerana dia dipecat daripada jawatannya di Metro Seoul yang juga tempat mangsa bekerja selepas mangsa membuat laporan terhadapnya.

    “Kami menjatuhkan hukuman yang lebih berat (atas tuduhan mengintai), selepas mengambil kira mangsa dibunuh,” kata Mahkamah Daerah Barat Seoul dalam keputusannya, lapor agensi berita Yonhap.

    Mahkamah juga memerintahkan dia menjalani kelas rawatan mengintai selama 80 jam dan kelas pencegahan serangan seksual selama 40 jam.

    Mahkamah menyatakan, defendan ‘membunuh mangsa walaupun selepas menyerahkan surat permohonan maaf kepada mahkamah’ bagi meminta pengampunan.

    Bagi tuduhan pembunuhan, Jeon akan dibicarakan secara berasingan yang tidak dicabarnya dan memberitahu pemberita, ‘Saya telah melakukan sesuatu yang benar-benar gila’ selepas dia ditangkap.

    Pembunuhan itu mengejutkan rakyat Korea Selatan dan mencetuskan kritikan penguatkuasaan undang-undang telah gagal melindungi mangsa, walaupun dia telah melaporkan mengenai lelaki itu sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...