Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Djokovic buru gelaran Slam ke-22

    MELBOURNE, 26 JAN – Novak Djokovic (gambar-AP) telah memenangi kesemua sembilan perlawanan separuh akhir Terbuka Australia dan tidak bersedia untuk membiarkan Tommy Paul memusnahkan rekod tanpa kalahnya esok ketika dia hampir merangkul mahkota Grand Slam ke-22.

    Pemain Serbia, yang memenangi Grand Slam pertamanya di Melbourne Park pada 2008, bergelut secara fizikal pada pusingan awal tahun ini dengan kecede-raan hamstring.

    Tetapi kemenangan straight set ke atas Alex de Minaur dan Andrey Rublev yang tewas hanya 12 perlawanan memberi isyarat bahawa pemain pilihan itu kembali ke tahap terbaiknya untuk perlawanan separuh akhir.

    Sekiranya dia menewaskan pemain bukan pilihan dari Amerika, Paul di Rod Laver Arena, dia akan berdepan sama ada pilihan ketiga Stefanos Tsitsipas atau pilihan ke-18 dari Rusia, Karen Khachanov sebagai halangan terakhir untuk merangkul kejuaraan Terbuka Australia ke-10 pada Ahad.

    Djokovic mempunyai motivasi tambahan untuk pergi jauh dan menyamai mahkota Grand Slam ke-22 Rafael Nadal selepas terlepas acara tahun lalu apabila dia diusir kerana status vaksinasi COVIDnya. Dengan ketiadaannya membuatkan pemain hebat Sepanyol itu menang kejohanan tersebut.

    “Saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik, terutamanya dalam Grand Slam, kerana pada peringkat karier saya ini merupakan kejohanan yang paling dikira,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

    “Tetapi awda boleh mengatakan bahawa ada sesuatu tambahan tahun ini. Awda boleh katakan ya, dengan kecederaan, apa yang berlaku tahun lepas, saya hanya mahu melakukan yang terbaik.

    “Setakat ini saya mempunyai markah sempurna di gelanggang keras Australia, di Adelaide yang telah saya menangi. Saya bermain dengan lebih baik. Saya tidak minta situasi yang lebih baik lagi berbanding sekarang,” katanya. – AFP

    Reaksi Novak Djokovic semasa perlawanan suku akhir di kejohanan tenis Terbuka Australia, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...