Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan rai 30 tahun penubuhan TAP

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Bagi memperingati ulang tahun penubuhannya yang ke-30 tahun, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran dan sembahyang Sunat Hajat di Masjid Kampung Bunut, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TAP.

    Turut hadir ialah ahli-ahli lembaga TAP, jawatankuasa audit, jawatankuasa dasar pembangunan sumber manusia, jawatankuasa pengurusan risiko, pegawai dan kakitangan TAP.

    Majlis Doa Kesyukuran itu dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Awang Nazri bin Haji Abdul Karim.

    Ia diikuti dengan bacaan Doa Selamat, Doa Kesyukuran dan penyerahan wakaf yang disempurnakan tetamu kehormat majlis.

    Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda kesyukuran dan meraikan 30 tahun penubuhan TAP.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bersama ahli-ahli lembaga TAP menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...