Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Djokovic ragui penyertaannya di Terbuka AS

    BELGRADE, 12 JULAI – Juara Wimbledon yang baru dinobatkan, Novak Djokovic kelmarin berkata bahawa besar kemungkinan dia mungkin akan terlepas dalam aksi Terbuka AS pada tahun ini kerana keenganannya untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID.

    Status belum divaksin pemain berusia 35 tahun itu bermakna dia tidak akan dibenarkan masuk ke AS untuk bermain dalam kejohanan tersebut, yang bermula pada bulan hadapan.

    Pemain Serbia itu telah dihantar pulang dari Australia sebelum ini disebabkan status vaksinasinya pada Januari lalu sekali gus menghalangnya daripada mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia.

    “Saya ingin sekali bermain di Terbuka AS tetapi jika keinginan saya tidak tercapai, ia
    bukanlah pengakhiran buat segala-galanya.

    “Saya pada masa yang sama mementingkan keadaan saya untuk kekal sihat dari segi fizikal dan mental agar saya masih boleh bermain untuk masa yang lama dan peluang untuk berbuat demikian pasti akan datang,” tambahnya.

    Pilihan utama Serbia itu baru-baru ini menewaskan Nick Kyrgios dalam empat set untuk memenangi gelaran ketujuhnya di Kelab All England dan gelaran Grand Slam ke-21 secara keseluruhan.

    “Orang ramai kerap bertanya mengenai rekod saya, berapakah kemenangan yang saya sasarkan.

    “Dan saya menjawabnya dengan mengatakan bahawa saya mengikut jejak langkah salah seorang idol kegemaran saya iaitu Kobe Bryant,” kata Djokovic di hadapan ribuan peminat di Belgrade.

    “Gelaran kegemaran saya adalah pada kejohanan yang seterusnya,” tambahnya. – AFP

    Novak Djokovic mungkin tidak akan dapat menyertai Terbuka AS pada tahun ini disebabkan status vaksinasinya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...