Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Djokovic sah tarik diri kejohanan AS

    INDIAN WELLS, 10 MAC – Novak Djokovic menarik diri daripada menyertai kejohanan ATP Masters di Indian Wells dan Miami bulan ini susulan peraturan ketat berkaitan COVID di Amerika Syarikat (AS).

    Djokovic, yang tidak mengambil vaksin, berkata peraturan yang memerlukan orang luar divaksin terlebih dahulu sebelum memasuki AS memaksanya untuk menarik diri.

    “Saya tahu memang sukar untuk saya ke sana. CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS) mengesahkan peraturan itu tidak akan diubah jadi saya tidak dapat bermain di Amerika Syarikat. Selamat maju jaya kepada mereka yang bermain di kejohanan hebat ini,” kata Djokovic.

    Penyertaan Djokovic di dua kejohanan berprestij AS itu menjadi tanda tanya berdasarkan peraturan ketat mereka, tetapi nama Djokovic tersenarai dalam undian di Indian Wells. Juara Grand Slam 20 kali berusia 34 tahun itu adalah juara lima kali di Indian Wells.

    Januari lalu, dia dilarang memasuki Australia untuk mempertahankan gelarannya di Terbuka Australia – kejohanan yang dimenanginya sembilan kali untuk mendahului senarai juara sepanjang zaman.

    Tempatnya dalam undian utama di Indian Wells akan digantikan Grigor Dimitrov, dan tempat pemain Bulgaria itu akan diisi pemain yang tewas dalam pusingan kelayakan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Novak Djokovic mengembalikan bola kepada Lorenzo Musetti dari Itali dalam Kejohanan Tenis Free Duty Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Djokovic tidak dapat beraksi di Indian Wells dan Miami kerana dia belum bervaksin dan tidak dibenarkan masuk ke AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...