Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Djokovic tersenarai dalam ATP meski isu visa belum selesai

    ANKARA, 13 JAN – Novak Djokovic tersenarai dalam cabutan rasmi saingan Terbuka Australia hari ini, meskipun tidak pasti sama ada kerajaan akan membatalkan visanya untuk kali kedua, lapor agensi Anadolu.

    Pemain tenis nombor satu dunia itu telah diundi menentang rakannya Miomir Kecmanovic, yang menduduki ranking ke-78, bagi perlawanan pusingan pertama.

    Pada 4 Januari, Djokovic berkata beliau telah diberi pengecualian perubatan daripada menerima suntikan vaksinasi COVID-19, tetapi Pasukan Sempadan Australia bertindak membatalkan visa kemasukannya.

    Walaupun dia dibenarkan untuk kekal, masih lagi timbul persoalan mengenai persediaan dan kesihatannya untuk perlawanan selama dua minggu selepas terpaksa ditahan empat malam di pusat tahanan imigresen.

    Jika dia diketepikan daripada pembukaan Grand Slam tahun ini sebelum ia bermula, tempatnya akan diganti oleh apa yang dipanggil ‘lucky loser’, seseorang yang tewas dalam pusingan akhir kelayakan.

    Australia mewajibkan semua pemain yang bersaing dalam kejohanan tenis itu melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

    Djokovic enggan mengesahkan sama ada beliau telah menerima suntikan vaksin COVID-19 atau sebaliknya. – Bernama

    Novak Djokovic berlatih di Rod Laver Arena menjelang kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 12 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...