Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Doktor buru impian jadi juara bina badan

    AMMAN, 29 SEPT – Warga Jordan Mohammad Nsour melepaskan kerjayanya dalam bidang perubatan demi memburu impiannya untuk menjadi juara bina badan.

    Pada usia 26 tahun, dia semakin hampir menggapai cita-citanya, setelah melayakkan diri memenangi gelaran Mr Olimpia, pertandingan antarabangsa berprestij di Las Vegas, Nevada, di mana dia akan bersaing dengan nama terbesar dalam sukan tersebut.

    “Saya suka menjadi seorang doktor, tetapi impian saya menjadi jurubina badan mengatasi segala-galanya,” beritahu Nsour kepada AFP di gim di ibu negara Amman, di mana dia telah berlatih tujuh hari seminggu sebelum pertandingan pada Disember.

    Nsour berkata dia amat menyukai sukan itu dari usia muda dan mulai mengunjungi gim, aktiviti yang semakin popular dalam kalangan belia Jordan, apabila dia berusia 16 tahun.

    “Otot buat awda menonjol,’ katanya.

    Nsour meneruskan latihan sepanjang kursusnya di Universiti Hashemite dan latihan amali di Pusat Perubatan Raja Hussein di Amman.

    Namun disebabkan perlu belajar selama enam tahun dan sekurang-kurangnya empat tahun menjalani latihan amali tanpa gaji ‘membuat saya berfikir,’ katanya.

    “Saya terpaksa membuat pilihan dan memutuskan untuk meninggalkan profesion doktor walaupun ibu bapa saya membantah.” – AFP

    Mohammad Nsour berlatih di sebuah gim di ibu negara Amman. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...