Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    DS 3 Crossback serba baharu dilancar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – DS Automobiles dan Grand Motors Sdn Bhd memperkenalkan kereta DS baharu iaitu DS 3 Crossback semasa sesi uji pandu yang berlangsung di Simpur Cafe, Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

    DS 3 Crossback baharu memaparkan reka bentuk sentuhan Perancis yang unik dan menarik. Di depan, rekaan gril hexagon yang sinonim dengan lambang DS menjadi ‘pengenalan’ utama model ini. Lampu utama juga datang bersama dengan lampu DRL LED yang ditempatkan di sudut bawah bampar.

    Dari bahagian sisi pula, kereta ini tetap mempunyai kelainan menarik. Terdapat ‘sirip’ pada bahagian B-pillar, yang dilanjutkan dengan bahagian panel pintu yang lebih tinggi berbanding yang di depan. Selain itu, bahagian pemegang pintu mempunyai sentuhan yang jarang dilihat.

    Bahagian belakang kereta meneruskan imej ‘tajam’ yang dibawa DS 3 Crossback ini.

    Misalnya, rekaan yang dapat dilihat pada lampu belakang yang nipis, dihubungkan dengan kemasan krom antara kedua bahagian sisinya dan mirip lampu pada DS 7 Crossback.

    DS 3 Crossback serba baharu diperkenalkan semasa sesi uji pandu yang dianjurkan oleh DS Autombiles dan Grand Motors Sdn Bhd, kelmarin.
    Ruang bahagian dalam kereta D S 3 Crossback yang memaparkan reka bentuk unik dan menarik.

    Bukaan kosong sebagai hiasan yang ada pada bampar pula menjadikan kereta ini kelihatan lebih lebar. Aksesori lain termasuk spoiler pada bumbung dan kemasan krom pada lampu kabus.

    Beralih ke bahagian kabin, rekaan yang menarik memaparkan hiasan dalam bentuk berlian, termasuk di papan pemuka dan corong pendingin hawa.

    Sementara itu, rekaan konsol tengahnya dipinjam daripada model DS 7 Crossback. Ia termasuk bahagian kluster instrumen, roda stereng serta skrin lebar yang terletak di tengah.

    DS 3 Crossback adalah model paling kecilnya dalam saiz 4,118 mm panjang, 1,791 mm lebar, 2,558 mm jarak antara roda, dan tampil dengan rekaan berbeza.

    Antara kelainan termasuk antena shark fin di pintu belakang, meminjam semula ciri-ciri daripada model lama Citroen DS 3.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...