Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua ditahan gagal kemukakan dokumen sah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Seorang lelaki dan seorang perempuan warga asing telah ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah semasa Operasi Tumpas yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), hari ini.

    Menurut kenyataan JIPK, operasi yang dijalankan pada pukul 3:30 pagi itu menyasarkan beberapa buah bilik sewa di kawasan Mukim Pekan Tutong di mana beberapa orang warga asing telah diperiksa.

    Kedua-dua warga asing berkenaan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK untuk siasatan lanjut.

    Kenyataan mengingatkan orang ramai bahawa JIPK akan terus menjalankan operasi, menangkap, menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana orang yang menyalahi undang-undang mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan.

    Warganegara asing di negara ini yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan dan jika sabit kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah, dipenjarakan dan diusir ke negara asal serta nama-nama mereka disenarai hitamkan.

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

    ATAS & BAWAH: Dua warga asing ditahan semasa Operasi Tumpas yang dijalankan oleh JIPK kelmarin. – Gambar serahan JIPK

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...