Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Dua juta botol air Perrier dimusnahkan

    PARIS, 26 APRIL – Sebanyak dua juta botol air mineral jenama popular, Perrier, yang disyaki dicemari bakteria daripada najis, dimusnahkan di bawah arahan kerajaan.

    Pengumuman pemusnahan itu adalah tamparan terbaharu bagi gergasi makanan Switzerland, yang mana anak syarikat airnya di Perancis kini disiasat kerana didakwa menggunakan kaedah haram untuk membersihkan air mineral.

    Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Occitanie, selatan Perancis memberitahu syarikat air berkenaan untuk memusnahkan semua pengeluaran Perrier dari 10 hingga 14 Mac lalu, dari salah satu sumbernya berhampiran Nimes, berdasarkan dokumen Agensi Kesihatan DGS.

    Syarikat sama turut memiliki jenama Vittel, Contrex dan Hepar, berkata kira-kira dua juta botol Perrier dimusnahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan syarikat itu memberi jaminan bahawa botol air Perrier di kedai adalah selamat.

    Awal bulan ini, pihak berkuasa serantau mengarahkan syarikat terbabit ‘menggantung serta-merta’ pengeluaran di salah satu sumbernya berhampiran Nimes.

    Perintah itu menjelaskan bahawa pencemaran najis dikesan dan didaftarkan mulai 10 Mac lalu, menyusuli tindakan Pendakwa Raya Perancis membuka siasatan mengenai kaedah penyulingan Januari lalu.

    Syarikat itu mengakui bahawa ia membasmi kuman air menggunakan lampu UV, penapisan karbon dan kaedah lain yang tidak dibenarkan bagi air mineral ‘semula jadi’.

    DGS berkata selepas pemeriksaan dan siasatan yang menggegarkan seluruh industri air Perancis itu, beberapa sumber air di timur dan selatan Perancis ditutup atau diklasifikasikan semula sebagai ‘air yang boleh diminum selepas dirawat’. – AFP

    Gambar fail bertarikh 15 April 2010 menunjukkan air botol jenama Perancis, ‘Perrier,’ yang dimiliki oleh gergasi makanan Switzerland, Nestle, dipamerkan semasa mesyuarat pemegang saham tahunan di Lausanne. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...