Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Dua pegawai polis ditikam di London

    LONDON, 16 SEPT – Dua pegawai polis dikejarkan ke hospital selepas ditikam awal hari ini selepas mereka dikatakan bertemu dengan ‘seorang lelaki membawa pisau’.

    Kejadian itu juga menimbulkan kerisauan di tengah-tengah kawalan keselamatan besar-besaran menjelang pengebumian Ratu Elizabeth II.

    Polis Metropolitan berkata, seorang suspek mengalami kecederaan parah turut ditahan selepas melakukan serangan pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.

    “Polis menemui seorang lelaki dengan pisau di kawasan Dataran Leicester,” katanya dalam satu kenyataan, yang merujuk kepada dataran di tengah-tengah ibu kota Britain, kira-kira satu kilometer dari tempat keranda ratu berada.

    Katanya, dua pegawai yang ditikam kini dirawat di hospital dan polis masih menunggu maklumat lanjut mengenai keadaan mereka.

    Polis berkata, pegawai terpaksa menggunakan renjatan elektrik dan suspek dibawa ke hospital, namun tidak dinyatakan untuk rawatan apa.

    “Penyiasatan mengenai keadaan sebenar kejadian itu sedang dijalankan,” katanya. – AFP

    Pegawai forensik dan polis berada di tempat kejadian di Shaftesbury Avenue, di mana dua pegawai polis ditikam di London kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...