Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua pelanggan terima serahan kereta dimenangi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Wong Shia Yen dan Awang Kamal Hassan bin Haji Metuddin masing-masing memandu pulang kereta Toyota Wigo selaku pemenang cabutan bertuah Digital World Enterprise, kelmarin.

    Majlis penyerahan kereta-kereta berkenaan telah diadakan di RegalBlue Production, Kampung Sungai Hanching dan disempurnakan oleh wakil dari Digital World Enterprise.

    Penyerahan hadiah lumayan berkenaan diadakan secara sederhana untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah keselamatan daripada ancaman penularan wabak COVID-19.

    Terdahulu, kempen cabutan bertuah berkenaan juga telah mengumumkan 10 orang pemenang sagu hati berupa lima telefon bimbit Samsung MO2 dan lima Samsung AO2.

    Majlis penyerahan hadiah-hadiah sagu hati akan diadakan pada Selasa ini dengan tempat dan masa akan diumumkan kemudian.

    ATAS & BAWAH: Wong Shia Yen (gambar atas) dan Awang Kamal Hassan (bawah) menerima kereta yang dimenangi dalam cabutan bertuah Digital World.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...