Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Harris Baba sembilan bulan tak jumpa isteri, anak

    Lebih sembilan bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, penyanyi Harris Baba akui bukanlah satu situasi yang mudah untuk dilalui kerana terpaksa kembali ke Singapura bagi meneruskan kerjaya seninya.

    Bagaimanapun Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 32, bersyukur isteri yang menetap di Sabah sangat memahami dan menyokong setiap keputusan yang dibuat.

    “Bukan satu keputusan yang mudah untuk terus tinggal lama di Singapura. Perancangan asal hanya untuk balik melawat ibu bapa saya.

    “Kemudian beberapa tawaran berlakon iklan dan drama mula datang. Alhamdulillah ia perkembangan yang baik untuk kerjaya saya juga.

    “Saya tiada pilihan kerana masih mahu bekerja dalam bidang seni, jadi terpaksa berjauhan dengan keluarga. Isteri saya sangat memahami dan menyokong kerjaya saya,” ujar Harris kepada wartawan.

    Harris Baba memberitahu dia tidak mempunyai pilihan lain kerana masih mahu bekerja dalam bidang seni dan terpaksa berjauhan dengan keluarganya. – Agensi

    Bagi Harris ini merupakan pengorbanan yang terpaksa dilakukan selain mengambil peluang berada di Singapura bagi menjaga ibu bapa yang semakin berusia.

    Untuk rekod, Harris sebelum ini aktif dalam industri seni Malaysia dan popular dengan lagu Katakan selain menjadi peserta program Dua Star bergandingan dengan Ning Baizura.

    “Buat sementara waktu ini saya terpaksa berkorban berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

    “Sepanjang berada di Sabah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini memberi kesan terhadap emosi saya kerana tidak dapat berjumpa ibu bapa.

    “Jadi inilah peluang untuk saya luangkan masa dan menjaga mereka,” ujarnya.

    Harris mendirikan rumah tangga dengan usahawan asal Sabah Nik Naziha Zawawi pada Mei 2016. Selain Aleena, pasangan ini turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Umar, 4, dan Aleeya Ziya, 2. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...