Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ecuador, Uruguay berjaya ke Piala Dunia

    MONTEVIDEO, 25 MAC – Giorgian de Arrascaeta menjulang Uruguay ke Piala Dunia hasil gol tunggal perlawanan menentang Peru kelmarin, keputusan tersebut turut melayakkan Ecuador menempah tiket ke Qatar, dengan bantuan daripada Brazil.

    Ecuador mengalami kekalahan 3-1 di Paraguay tetapi masih layak ke Piala Dunia buat kali keempat hasil kemenangan diraih Uruguay dan kejayaan Brazil menundukkan Chile 4-0.

    Setakat ini, 19 buah pasukan layak untuk beraksi di pusingan akhir di Qatar hujung tahun ini, dengan 13 kedudukan masih menjadi rebutan.

    Dengan Argentina, yang akan bermain menentang Venezuela hari ini, turut layak ke final, Peru dan Chile kini akan bersaing untuk kedudukan playoff di tangga kelima dari kumpulan tunggal kelayakan Amerika Selatan bersama Colombia, yang akhirnya berjaya menamatkan deretan tujuh perlawanan tanpa gol dengan kemenangan 3-0 ke atas Bolivia.

    Ia adalah perubahan luar biasa buat Uruguay sejak beraksi hambar pada penghujung tahun lalu apabila mereka tewas empat perlawanan berturut-turut, dibolosi 11 kali, menjaringkan hanya satu gol dan jatuh ke tangga ketujuh dalam kumpulan yang merangkumi 10 pasukan.

    Prestasi hambar itu telah menyebabkan Oscar Tabarez hilang jawatan sebagai jurulatih, dia menghabiskan masa 15 tahun membimbing The Celeste ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2010 dan kejuaraan Copa America setahun kemudian.

    Tetapi penggantinya, Diego Alonso berjaya memenangi kesemua tiga perlawanan dan membawa Uruguay, pemenang pada 1930 dan 1950, ke pusingan akhir buat kali keempat berturut-turut.- AFP

    Reaksi Giorgian de Arrascaeta meraikan gol semasa pertemuan menentang Peru dan membantu pasukan layak ke Piala Dunia.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...