Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ekonomi Thailand berkembang 2.2 peratus suku pertama

    BANGKOK, 17 MEI – Ekonomi Thailand berkembang 2.2 peratus dalam suku pertama ketika eksport dan pelancongan pulih selepas pelonggaran sekatan pandemik, menurut agensi ekonomi negara hari ini.

    Semasa pandemik, ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu mencatat prestasi ekonomi paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada 1997, dengan jumlah pelancong menurun daripada kira-kira 40 juta setahun.

    Namun negara yang bergantung pada pelancongan itu membatalkan hampir kesemua sekatan pada bulan ini untuk pelawat yang telah menerima vaksinasi penuh, termasuk keperluan ujian COVID untuk perjalanan.

    “Sektor eksport adalah memberangsangkan, industri pelancongan mencatat prestasi baik disebabkan pelonggaran syarat-syarat kemasukan untuk pelancong,” kata setiausaha Majlis Ekonomi dan Pembangunan Sosial Negara, Danucha Pichayanan.

    Agensi berkata ekonomi meningkat 2.2 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac berbanding tempoh sama tahun lalu, dan sebanyak 1.1 peratus berbanding suku sebelumnya.

    Angka itu amat berbeza semasa pandemik meletus pada 2020, yang melihat ekonomi mengecut 6.1 peratus pada tahun itu.

    Agensi berkata ketidakstabilan pasaran global akibat peperangan di Ukraine, dan kemelesetan ekonomi China di-sebabkan sekatan virus di beberapa bandar, telah menjejas kadar pemulihan ekonomi Thailand. – AFP

    Pelancong asing berjalan di sepanjang Jalan Khaosan di Bangkok kelmarin. Ekonomi Thailand meningkat 2.2 peratus dalam suku pertama selepas pelonggaran sekatan kemasukan pelancong. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...