Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Eksport ayam dihentikan 1 Jun

    KUALA LUMPUR, 23 MEI – Eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini, sebagai langkah jangka pendek kerajaan terhadap isu bekalan serta harga ayam.

    Ismail Sabri berkata selain itu kerajaan turut memutuskan untuk mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan kemudahan penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi.

    Turut diputuskan ialah memansuhkan Permit Import (AP) ayam termasuk ayam bulat dan keratan ayam bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan dan mempermudah proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam.

    Sebagai langkah jangka pendek mesyuarat Kabinet hari ini, juga membuat ketetapan menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam, kata Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, terdapat laporan bahawa wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat perkara berkenaan dan siasatan dijangka selesai pada Jun nanti.

    Perdana Menteri berkata kerajaan akan memperkenalkan semula jihad memerangi orang tengah dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberi peranan untuk mengetuai jihad itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...