Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Elon Musk jadi pengarah tunggal Twitter

    HOUSTON, 1 NOV – Elon Musk memecat kesemua ahli lembaga pengarah Twitter semalam, seminggu selepas memuktamadkan pengambilalihan syarikat gergasi media itu membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion.

    Tindakan itu sekali gus menjadikan CEO Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal Twitter, lapor Agensi Anadolu.

    “Ini hanya sementara,” ciap Musk selepas melakukan ‘pembersihan’ terhadap barisan kepimpinan tertinggi syarikat itu.

    Antara yang dipecat ialah Ketua Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan bekas pengerusi Bret Taylor.

    Musk, orang terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter, menurut dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS.

    Musk belum lagi memperincikan rancangannya untuk visi Twitter, namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Elon Musk bercakap semasa pelancaran Tesla Model Y baharu di Hawthorne, California. Musk telah menjadi pengarah tunggal Twitter selepas memuktamadkan pembelian laman media sosial itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...