Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Empat maut tembakan di Memphis

    WASHINGTON, 8 SEPT – Seorang lelaki membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan tiga yang lain dalam insiden tembakan di Memphis kelmarin.

    Lelaki tersebut berjaya ditahan oleh pasukan polis selepas kejadian pengejaran bekelajuan tinggi, menurut polis di bandar raya Amerika Syarikat itu. Polis mengenal pasti suspek bernama Ezekiel Kelly, 19, dan mendapati dua buah senjata dalam keretanya.

    “Kelly telah ditahan oleh jabatan polis Memphis dan pejabat sheriff Shelby County,” kata ketua polis Memphis Cerelyn Davis pada sidang akhbar.

    Dia didakwa membunuh mangsa pertama pada tengah malam dan melakukan aksi menembak di bandar Tennessee pada petang. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...