Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    EMS iktiraf perkhidmatan pos Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Dengan kedudukan ke-21 daripada 22 buah negara, Negara Brunei Darussalam telah dianugerahkan Express Mail Service (EMS) Cooperative Customer Care Award bagi 2022.

    Majlis penganugerahan berkenaan telah diadakan di Universal Postal Union (UPU) International Bureau di Berne, Switzerland pada 27 April lalu di mana anugerah berprestij itu telah disampaikan kepada para pemenang oleh Ketua Pengarah UPU, Masahiko Metoki dan Pengerusi EMS Cooperative, Patrick Richon.

    Menerima anugerah tersebut bagi pihak Negara Brunei Darussalam ialah Pemangku Ketua Pos Agung, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Dr Rosdi bin Haji Abdul Aziz semasa Perhimpunan Agung EMS Cooperative yang diadakan di UPU International Bureau, Berne, Switzerland pada 27 dan 28 April lalu.

    Anugerah berkenaan dianjurkan setiap tahun oleh UPU untuk mengiktiraf pengendali pos yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan EMS, terutamanya dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi.

    EMS Cooperative merupakan sebuah badan di bawah UPU yang ahli-ahlinya terdiri daripada pengendali pos di seluruh dunia yang bekerjasama untuk meningkatkan kualiti dan
    kecekapan rangkaian EMS antarabangsa.

    Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah menjadi ahli UPU dan EMS Cooperative sejak 1984. Jabatan berkenaan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan EMS dan telah mencapai kemajuan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    Anugerah berkenaan mengiktiraf usaha jabatan untuk menyediakan perkhidmatan EMS yang cepat, boleh dipercayai dan berkualiti tinggi kepada para pelanggannya.

    Hajah Noor Maslina menyampaikan taklimat me-ngenai Anugerah HBK 2023.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...