Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Enam langgar arahan teranah di rumah

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Enam pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    “Kesemuanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Kesemua pesalah tersebut, jelas Yang Berhormat Menteri Kesihatan, telah pun dikeluarkan denda kompaun.

    Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa tiga daripada pelanggaran arahan tersebut telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara, dua di kawasan Daerah Belait dan satu lagi kesalahan telah didapati di kawasan Daerah Tutong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...