Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Enam pekerja diiktiraf marsyal bomba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Enam orang pekerja Hotel Al-Afiah diiktiraf sebagai marsyal bomba setelah mengikuti dan berjaya menamatkan Kursus Marsyal Bomba selama tiga hari, 7 hingga 9 Jun lalu, yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) di Hotel Al-Afiah, Kiulap.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, dengan berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi wabak COVID-19, sebelum kursus dijalankan, para peserta melakukan ujian pantas antigen (ART) sebagai langkah keselamatan dan juga mengamalkan penjarakan sosial berserta sentiasa mengutamakan pemakaian pelitup muka.

    Acara penutup kursus telah menyaksikan kehadiran Pengarah Urusan Hotel Al-Afiah, Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dan Pengurus Operasi, Awang Mohammad Aziz Haji Mahir bersama pegawai-pegawai hotel berkenaan.

    Semasa kursus itu, para peserta diberikan pendedahan kepada pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca-punca berlakunya kebakaran serta mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bandar Seri Begawan bagi mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.

    Para peserta kursus diberikan tunjuk cara penggunaan alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...