Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    England masih buntu cari kemenangan

    WOLVERHAMPTON, UNITED KINGDOM, 12 JUN – England kekal tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan semasa kempen Liga Negara-Negara selepas terikat seri menentang Itali di Wolverhampton, kelmarin.

    Perlawanan tersebut adalah pertemuan semula aksi final Euro 2020, berlangsung di hadapan penonton yang kebanyakannya terdiri daripada 3,000 kanak-kanak selepas England terpaksa bermain satu perlawanan di dalam stadium tertutup selepas insiden yang berlaku di Wembley pada Julai tahun lalu.

    Sejak mengalahkan pasukan Three Lions menerusi gol penalti untuk meraih gelaran juara Eropah, beberapa kejadian tidak berpihak kepada anak buah Roberto Mancini apabila mereka terlepas peluang kedua untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

    Walau bagaimanapun, pasukan Azzurri berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan A3 dengan memperoleh lima mata dari tiga perlawanan.

    Sementara itu, England kekal tercorot dengan dua mata, di belakang Hungary dan Jerman, yang hanya mampu terikat seri di Budapest.

    Aksi Jack Grealish (kanan) melakukan percubaan menjaringkan bola semasa perlawanan antara England dan Itali berlangsung di Stadium Molineux, Wolverhampton. – AP

    Pasukan Gareth Southgate menganggap perlawanan di stadium yang tidak mempunyai ramai penonton adalah sesuatu yang memalukan.

    England telah dihukum atas kejadian penyokong yang berpusu-pusu memasuki stadium tanpa tiket di Wembley ketika pasukan tersebut berharap menyaksikan pasukan kebangsaan mereka menamatkan penan-tian selama 55 tahun untuk menjuarai kejohanan utama.

    Sebaliknya, derita mereka semakin bertambah selepas The Azzurri memenangi penentuan penalti selepas terikat seri 1-1 dalam perlawanan sebenar.

    Mancini menurunkan barisan pemain baharu dengan hanya dua daripada kesebelasan utama yang pernah beraksi dalam perlawanan akhir Euro.

    Southgate juga menggunakan peluang untuk membuat pertukaran selepas seri 1-1 di Jerman pada Selasa lalu.

    Harry Kane diketepikan dan Tammy Abraham diberikan peluang untuk menyerlah merupakan antara pemain yang ditukar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...